koperasi-sena-jaya-perlis-berhad

Koperasi Sena Jaya Perlis Berhad

Koperasi Sena Jaya Perlis Berhad telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 25 Jun 2019 di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terhad oleh sekumpulan anggota dengan matlamat murni untuk pembangunan ekonomi warga Sena.

Antara bidang perniagaan yang diceburi oleh Koperasi adalah peruncitan, perkhidmatan pemasaran pembiayaan peribadi koperasi dan bank untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun terpilih khususnya di negeri Perlis, pembinaan aplikasi E-Sena serta digital marketing, pemasaran produk-produk IKS Perlis dan perkhidmatan design & printing.

WAWASAN utama ialah menjadikan Koperasi Sena Jaya Perlis Berhad sebagai sebuah koperasi yang terunggul di negeri Perlis berlandaskan kepada konsep koperasi serta dengan dasar kebersamaan dan kemampuan koperasi yang dapat dibanggakan.

Wawasan Kami

wawasan koop sena jaya perlis berhad

WAWASAN : Menjadikan Koperasi Sena Jaya Perlis Berhad sebagai sebuah koperasi yang terunggul di negeri Perlis berlandaskan kepada konsep koperasi serta dengan dasar kebersamaan dan kemampuan koperasi yang dapat dibanggakan.

Visi Kami

visi koperasi sena jaya

VISI: “Memacu aktiviti perniagaan dan keusahawanan yang berdaya saing demi kesejahteraan anggota dan rakyat”

Misi Koperasi Sena Jaya Perlis Berhad

misi koperasi sena jaya perlis berhad

  1. Menjalankan aktiviti perniagaan yang berdaya saing serta berimpak tinggi.
  2. Meningkatkan keupayaan dan kompentensi para anggota.
  3. Memastikan segala urustadbir dalam keadaan terbaik selaras dengan perkembangan semasa.
  4. Menjadikan koperasi yang dirujuk dan dihormati kepada pembangunan koperasi seluruh negara.
  5. Membantu serta menyumbang kepada anggota serta masyarakat demi kesejahteraan bersama.

Lokasi Kami

Lokasi Kami

ALAMAT KOPERASI:
KOPERASI SENA JAYA PERLIS BERHAD
NO C-22 (A), PUSAT PERNIAGAAN PADANG BEHOR,
JALAN PADANG BEHOR,
01000 KANGAR, PERLIS
H/P: 011-1052 9897
EMAIL: [email protected]
WEBSITE: www.koperasisenajaya.com

Whatsapp En. Amar Hubungi En. Amar