kesan scammer pinjaman koperasi

Cara Kenali Scammer Pinjaman Peribadi Koperasi

Sepanjang pengalaman dalam menguruskan pinjaman peribadi ini, terdapat penipu (scammer) yang selalu menyamar mewakili agensi tertentu terutama agensi pinjaman peribadi seperti kami yang top di pasaran.

Konsultan dan pegawai kami juga pernah digunakan nama mereka oleh scammer tanpa persetujuan dari diri mereka sendiri kononnya telah meminta bayaran pendahuluan untuk memproses pinjaman. Kes tersebut telah diadukan kepada pihak polis sebagai suatu bentuk ‘cover report’.

Untuk pengetahuan pelanggan dan bakal pelanggan semua, di Koperasi Sena Jaya Perlis Berhad, kami tidak sesekali mempraktikkan amalan seperti meminta bayaran pendahuluan untuk memproses pinjaman dan juga mengenakan sebarang caj bayaran proses kepada pelanggan.

Ramai Tidak Menyedari...

Kes penipuan pinjaman ini perlu didedahkan kepada pelanggan dan bakal pelanggan demi mengekalkan imej dan etika pengurusan kami yang penuh dengan professional dan mengikut lunas-lunas perundangan negara khususnya yang berkaitan dengan kewangan dan perbankan.

Terdapat juga scammer yang menipu orang ramai dengan menjanjikan ‘bulan dan bintang’ seperti menawarkan kadar keuntungan (faedah) pinjaman atau pembiayaan yang sangat rendah dan menawarkan proses kelulusan yang mudah, terutamanya bagi pelanggan yang merasa sukar untuk mendapatkan pinjaman kerana berhadapan dengan masalah rekod pembayaran balik pinjaman sedia ada yang ‘tak cantik’ di dalam sistem semakan CCRIS Bank Negara atau CTOS.

Untuk melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa organisasi-organisasi yang tidak bertanggungjawab ini, kami ingin menjalankan tanggungjawab kami dalam meningkatkan kesedaran orang ramai. Berikut adalah beberapa tanda yang sering wujud dalam penipuan pinjaman yang harus anda perhatikan.

scammer alert

1) Bayar yuran pendahuluan @ caj perkhidmatan sebelum peroleh kelulusan pinjaman.

Sekiranya anda diminta untuk bayar caj pendahuluan (upfront fee) untuk dapatkan kelulusan pinjaman, maka orang itu adalah seorang scammer atau penipu. Pemberi pinjaman yang sah TIDAK AKAN meminta peminjam membayar apa-apa wang pendahuluan sebelum anda mendapatkan pinjaman malah juga selepas anda sudah mendapatkan pinjaman. Tambahan pula, ia adalah salah di sisi undang-undang untuk berbuat demikian.

Rata-rata scammer akan meminta bayaran pendahuluan sebagai yuran pemprosesan wajib, bayaran pendahuluan ansuran, insurans atau cagaran akibat rekod kredit buruk anda. Jika pinjaman ini memang ada yuran atau bayaran tersebut, ia akan ditolak daripada jumlah pinjaman dan anda tidak perlu membayar secara langsung.

2. Anda dikehendaki untuk memberi kad ATM/ kad debit

Anda dikehendaki untuk memberi kad ATM atau kad debit anda apabila membuat permohonan pinjaman. Ini kemungkinan besar adalah penipuan pinjaman sebab penipu ini akan meminta duit daripada anda sebaik sahaja pinjaman diluluskan dan masuk ke akaun bank anda.

Mereka akan menggunakan kad ATM untuk mengeluarkan wang atau meminta anda memberi yuran pemprosesan, sebelum mereka memulangkan kad ATM atau kad debit kepada anda. Sebarang bayaran pemprosesan sepatutnya ditolak terus dari jumlah pinjaman anda.

3. Anda tidak pernah memohon, atau jumlah pinjaman adalah lebih daripada apa yang anda mohon

Anda menerima panggilan atau emel yang mengatakan bahawa anda layak untuk membuat pinjaman dengan kadar faedah yang rendah. Kadang-kadang anda juga diberitahu bahawa ianya hanya khas untuk anda padahal sebenarnya anda tidak pernah memohon sebarang pinjaman sebelum ini.

Atau mungkin anda memohon pinjaman tersebut, tetapi anda ditawarkan dengan jumlah yang lebih banyak daripada apa yang anda pohon. Berhati-hati dengan tawaran kredit yang tidak diminta ini, dan pastikan sama ada ianya sahih sebelum anda meneruskan proses selanjutnya.

4. Jika tawaran pinjaman terlalu bagus, ianya mungkin penipuan.

Kata-kata seperti ‘kadar faedah yang rendah atau sifar’ atau ‘jaminan wang tunai atau kelulusan 100%’. Kedengaran bagus? Ingat, setiap pemberi pinjaman amat peduli untuk mendapatkan kembali wang mereka.

Jika pemberi pinjaman terlalu bersemangat untuk meluluskan pinjaman anda tanpa menilai sejarah kredit dengan teliti untuk memeriksa sama ada anda akan dapat membayarnya kembali atau tidak, maka itu mungkin kerana pemberi pinjaman tidak akan memberikan apa-apa wang kepada anda.

5. Bertindaklah sekarang atau anda akan terlepas peluang keemasan!

Sekiranya pemberi pinjaman terus memaksa anda untuk membuat keputusan dengan segera kerana tawaran pinjaman istimewa seperti ‘kadar faedah rendah’dan tawaran tersebut akan berakhir tidak lama lagi, maka anda perlu mengabaikannya. Ini kerana jika lebih pantas penipu menandatangani perjanjian dengan anda, maka lebih cepat anda akan masuk ke dalam perangkap penipuan tersebut.

Jangan sekali-kali kelam-kabut untuk membuat apa-apa keputusan. Anda perlu teruskan hanya jika anda pasti 100% dengan siapa anda sedang berurusan.

6. Maklumat peribadi yang diminta oleh kenalan yang mencurigakan.

Kadang-kadang penipu bukanlah menginginkan wang anda, tetapi untuk mencuri identiti anda untuk tujuan penipuan. Mereka akan menyamar sebagai wakil bank atau syarikat pinjaman melalui panggilan telefon, emel atau media sosial untuk menipu anda supaya memberikan maklumat peribadi anda. Ini dipanggil sebagai ‘phishing’.

Jangan berikan salinan kad pengenalan, lesen memandu atau maklumat akaun bank anda melainkan anda tahu siapa dan apa tujuannya. Penipu ini juga boleh menyiarkan iklan menggunakan nama syarikat yang sah, tetapi syarikat-syarikat yang sah ini sendiri tidak menyedari tentang penipuan tersebut.

Lindungi Diri Anda Dari Scammer Pinjaman Koperasi

Jika pinjaman yang ditawarkan kepada anda mempunyai satu atau lebih tanda amaran di atas, maka berhati-hatilah dan pastikan anda menyemak dengan teliti dengan siapa anda sedang berurusan sebelum meneruskan tindakan lanjut. Hanya pinjam daripada peminjma yang sah, Sini, kami ada 5 pinjaman bank dan koperasi terbaik untuk penjawat awam.

Di Koperasi Sena Jaya Perlis Berhad sebagai sebuah platform pinjaman peribadi bank dan koperasi, kami menawarkan perkhidmatan untuk menguruskan permohonan pinjaman peribadi yang terbaik dan bersesuaian mengikut keperluan dan posisi kewangan anda. Pinjaman yang mampu milik dengan kadar serendah 3.99% atau secepat 3 hari bekerja.

Ikutilah website kami untuk lebih mengetahui maklumat berkaitan dengan pakej pinjaman peribadi yang terbaik untuk anda.

Lokasi Kami

Lokasi Kami

ALAMAT KOPERASI:
KOPERASI SENA JAYA PERLIS BERHAD
NO C-22 (A), PUSAT PERNIAGAAN PADANG BEHOR,
JALAN PADANG BEHOR,
01000 KANGAR, PERLIS
H/P: 011-1052 9897
EMAIL: [email protected]
WEBSITE: www.koperasisenajaya.com

Whatsapp En. Amar Hubungi En. Amar